Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua penganggur diberkas kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di Sri Aman, hari ini. Foto IPD Sri Aman

Dua penganggur diberkas terlibat penyalahgunaan dadah di Sri Aman

SRI AMAN, 11 Sept: Dua penganggur diberkas kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mathew Maggie berkata, kedua-dua lelaki berusia 21 dan 24 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman sekitar jam 8 hingga 9 pagi tadi.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kedua-dua supek telah ditahan di lokap Balai Polis Sri Aman untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan