Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Atlet Para SUKMA Sarawak jalani latihan, sertai pertandingan di luar negara buru 83 emas

ByVanessa Anak Enjop

KUCHING, 11 Sept: Barisan atlet Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 menjalani latihan serta menyertai pertandingan di luar negara sebagai sebahagian persiapan menyertai temasya itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, atlet Para olahraga menyertai pertandingan di Xiamen dan Fuzhou (China) manakala atlet Para renang pula dihantar ke Hatyai, Thailand.

“Atlet Para badminton kita pula mengambil bahagian daÅ‚am pertandingan di Solo, Indonesia serta beberapa negara lain seperti Afrika Selatan dan Taiwan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sarawak Para SUKMA 2024 di Hikmah Exchange Event Centre di sini.

Turut hadir, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sementara itu Fatimah memaklumkan bagi memastikan prestasi terbaik atlet Para Sarawak, pihaknya telah melantik dua pembantu Chef de Mission bagi setiap sukan dengan sukan olahraga menerima empat pembantu.

“Inisiatif ini diambil untuk memastikan atlet Para kita menerima sokongan yang konsisten sebelum dan sepanjang berlangsungnya temasya,” katanya.

Kontinjen Sarawak membariskan seramai 213 atlet (143 lelaki dan 70 wanita) akan menyertai kesemua 10 sukan yang dipertandingkan.

Persiapan rapi dilakukan juga melibatkan pemberian honorarium latihan yang diselaraskan sejak Januari 2024 dengan kadar elaun antara RM600 hingga RM1,500, bergantung kepada kategori atlet.

“Latihan intensif atlet bermula sejak Januari 2024, dengan sokongan penuh diberikan bagi memastikan persiapan di tahap terbaik.

“Kami yakin kontinjen mampu mencapai sasaran 83 pingat emas,” tambah Fatimah. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan