Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Dato Sri Fatimah Abdullah pada Majlis Penyerahan Bendera Para SUKMA Kontinjen Sarawak 2024 di Kuching, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Abang Johari mahu kontinjen Para Sukma Sarawak rangkul juara keseluruhan

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 11 Sept: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu kontinjen Para SUKMA Sarawak merangkul gelaran juara keseluruhan pada temasya yang akan membuka tirai pada 22 September ini.

Abang Johari berkata ini kerana atlet Para Sukma Sarawak mempunyai potensi yang cukup besar untuk mencipta sensasi lebih-lebih lagi beraksi di gelanggang sendiri.

“SUKMA 2024 kita dah juara, jadi saya mahu kontinjen Para SUKMA Sarawak juga menjadi juara keseluruhan.

“Kerajaan Sarawak sentiasa berusaha untuk memberikan latihan yang cukup dan terbaik kepada atlet para Sarawak walaupun terpaksa menghantar mereka ke luar negara.

“Kerana kita melihat mereka mempunyai potensi untuk bersaing,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bendera Para SUKMA Kontinjen Sarawak 2024 di sini, hari ini.

Beliau berkata lagi, kerajaan akan memperuntukkan jumlah insentif yang sama kepada pemenang dari kontinjen Sarawak yang berjaya membutirkan pingat pada edisi Para SUKMA kali ini.

“Pada edisi kali ini (Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti) Dato Sri Fatimah Abdullah mensasarkan 83 pingat emas, insentif yang sama kita berikan kepada kontinjen Para SUKMA.

“Misalnya 83 pingat emas kita darabkan kepada RM15,000 (maka jumlah keseluruhan) lebih RM1 juta,” katanya.

Temasya tahun ini akan berlangsung dari 22 hingga 28 September di Kuching, melibatkan 10 sukan dan 328 acara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan