Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rosey Yunus berkata pelbagai program telah dilaksanakan bagi memperkasakan wanita. Foto TVS

Wanita perlu berani tampil ke depan tunjukkan bakat

ByAsmah Adenan

KUCHING, 10 Sept: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak telah menganjurkan beberapa program bagi mengetengahkan potensi dan bakat wanita terutama dalam bidang keusahawanan selain melibatkan para belia dan pelajar universiti.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus berkata antaranya, ‘Women Leadership Training, Millenium Women Leadership’ dan ‘Women Leadership Programme’ bagi menggilap bakat wanita selain membuka peluang untuk wanita menunjukkan diri mereka.

“Kita juga ada melibatkan pelajar universiti dan pelajar tingkatan enam dengan menyertai program ‘Leadership Bootcamp For The Youth’ dengan membuka peluang untuk mereka menunjukkan diri dan melalui penganjuran tersebut mereka mampu melangkah ke fasa seterusnya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Gala SWOT di sini, malam tadi.

Menurutnya, salah satu cara untuk membolehkan wanita tampil dan menunjukkan potensi mereka adalah dengan penganjuran program seperti SWOT.

“Sudah tentu, kita di pihak kementerian sangat menyokong program sebegini diadakan dan sebagai platform untuk mengetengahkan bakat-bakat yang ada pada diri setiap wanita selain dapat melatih mereka menjadi seorang pemimpin serta mahir berkomunikasi.

“Kami memberi anda peluang untuk menjadi pemimpin dengan menganjurkan pelbagai program seperti ini, jadi tunjukkan potensi dan bakat anda,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan