Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang renjer tempatan menunjukkan demo pemasangan penggunaan peranti berkuasa solar yang dilengkapi dengan mikrofon dan antena yang mengumpul data bunyi yang kemudiannya menghantar data melalui rangkaian tanpa wayar ke awan. Foto TVS

Teknologi TECH4ALL Huawei cegah pembalakan haram, lindungi hutan Sarawak

KUCHING, 10 Sept: Program TECH4ALL merupakan inisiatif Huawei dalam usaha melindungi biodiversiti dan mencegah pembalakan haram di hutan hujan Sarawak daripada berleluasa.

Pengurus Kanan Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Huawei Malaysia, Atiqah Khairudin berkata projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu membolehkan renjer hutan menggunakan alat pengesan daripada teknologi awan Huawei dan kecerdasan buatan (AI)

Menurutnya, salah satu domain yang difokuskan oleh Huawei pada TECH4ALL di Malaysia ialah alam sekitar yang menyaksikan mereka bekerjasama rapat dengan rakan kongsi di Sarawak untuk memastikan hutan dilindungi menggunakan teknologi.

“TECH4ALL Huawei ialah entiti berasingan yang hanya menumpukan kepada menyumbang kembali kepada masyarakat dan alam sekitar, kami bekerjasama rapat dengan rakan kongsi tempatan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memastikan visi dan misi melindungi hutan hujan sejajar.

“Sejak pelaksanaan projek ini pada tahun 2021 bersama Sarawak Forestry Corporation (SFC), Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan Jabatan Hutan Sarawak, 77 bunyi aktiviti telah dikesan termasuk gergaji rantai dan kenderaan dalam masa nyata,” katanya kepada TVS di Matang Wildlife Centre, di sini hari ini.

Jelas Atiqah, jenis perlindungan pasif ini membolehkan pemantauan berterusan dengan tenaga kerja yang minimum, kos operasi yang rendah dan kaedah tinjauan tidak invasif.

Dalam pada itu beliau menambah, kerjasama dengan TECH4ALL Huawei memberi impak besar terhadap perlindungan ekologi, mengubah sepenuhnya operasi mereka yang bekerja keras untuk menyelamatkan hutan hujan kita dan hidupan liarnya.

“Peranan Huawei biasanya sebagai pembiaya atau rakan kongsi teknologi, jadi kami perlu bekerjasama dengan banyak NGO tempatan supaya ada dari kalangan mereka boleh menjadi pelaksana, manakala entiti lain boleh menjadi penyelidik.

“Kami tidak boleh melakukannya sendirian kerana kami hanyalah sebuah syarikat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), jadi kami perlu bekerjasama dengan pakar yang boleh dipercayai dalam memajukan inisiatif ini,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan