Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kilang di Samalaju Industrial Park di sini, terbakar akibat kebocoran semasa memproses peleburan  aluminium malam tadi. Foto JBPM

Sebuah kilang di Samalaju terbakar akibat kebocoran semasa proses peleburan aluminium

BySalasiah Safian

BINTULU, 10 Sept: Sebuah kilang di Samalaju Industrial Park di sini, terbakar akibat kebocoran semasa memproses peleburan  aluminium malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.50 malam dengan menggerakkan empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju dibantu sembilan anggota BBP Bintulu dan sembilan anggota Hazmat ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran bukan melibatkan forklift tetapi berlaku kebocoran semasa proses peleburan aluminium yang tidak dapat bertindak balas dengan air.

“Semasa kejadian keadaan cuaca hujan dan berlaku letupan. Kejadian tidak melibatkan  mangsa dan kesemua pekerja telah diarahkan keluar oleh pihak ERT ke tempat yang selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, peratusan terbakar sebanyak 10 peratus dari keseluruhan bangunan dan  kejadian berlaku di AB Line Phase 3.

“Pihak bomba menggunakan serbuk alumina yang diperoleh daripada pihak kilang untuk memadamkan kebakaran. Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 6.20 pagi.

“Hasil perbincangan bersama pihak keselamatan kilang pasukan bomba menunggu peleburan aluminium sejuk dan seterusnya memasang tali sawar-sawar di lokasi kejadian,” ujar kenyataan itu.

Jumlah keseluruhan pekerja kilang tersebut adalah seramai 61 orang.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan