Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Hafsah Hashim berkata wanita perlu melengkapkan diri mereka dengan perkembangan teknologi semasa. Foto TVS

Perkasa wanita dengan teknologi terkini

ByAsmah Adenan

KUCHING, 10 Sept: Pengetahuan tentang teknologi terkini perlu dikuasai wanita jika ingin terus maju dalam bidang diceburi.

Pengerusi Women Leadership Foundation (WLF), Datuk Dr Hafsah Hashim berkata pengetahuan seperti ini membolehkan wanita mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang berkenaan seiring dengan perubahan arus masa kini.

Sehubungan itu, penganjuran program ‘Sarawak Women of Tomorrow (SWOT) 2024’ yang menggariskan ‘Empowerment For Sustainable Leadership: Navigating Tomorrow’s Challenges’ amat sesuai dengan saranan itu.

SWOT katanya, memberi fahaman dan pendedahan kepada wanita mengenai perkembangan teknologi pendigitalan, teknologi hidrogen, avatar dan teknologi blok cip.

“Melalui program sebegini (bootcamp) kita juga ingin melihat bakat mereka (wanita) dalam bidang pendigitalan supaya mereka bersedia menerima perkembangan teknologi ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Gala SWOT di sini, malam tadi.

Selain itu, SWOT juga mengajar para peserta agar mahir menguruskan kewangan dan menjadi usahawan yang pandai berkomunikasi.

Jelasnya, untuk menjadi pemimpin, wanita hendaklah belajar menjadi usahawan yang mahir menguruskan perniagaan mereka.

Menurutnya, WLF melatih wanita dan juga usahawan agar mereka dapat bersama-sama memacu kepada pembangunan ekonomi negara.

“Saya rasa banyak yang boleh kita lakukan bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam kes ini dari segi penyertaan buruh dan juga wanita dalam politik.

“Saya percaya dengan adanya kerjasama dengan Kementerian Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Kementerian Wanita Malaysia dan rakan kongsi strategik yang lain ini dilihat mampu menarik lebih ramai golongan wanita menonjolkan bakat mereka,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan