Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Vaksin batuk kokol diberikan secara percuma kepada semua wanita hamil dan kanak-kanak berusia dua bulan, empat bulan, enam bulan serta empat tahun, serta kanak-kanak yang berusia 12-13 tahun di bawah Program Imunisasi Kebangsaan. Foto hiasan Envato

Peningkatan kes batuk kokol, rakyat selatan Australia digesa dapatkan vaksin

ByBernama

CANBERRA, 10 Sept: Penduduk di selatan Australia digesa mendapatkan vaksin batuk kokol berikutan peningkatan kes, lapor Xinhua.

Ketua Pegawai Kesihatan Awam SA, Nicola Spurrier pada Isnin mendedahkan bahawa setakat ini terdapat 492 kes yang disahkan di negeri itu, peningkatan sepuluh kali ganda berbanding 48 kes pada 2023.

Juga dikenali sebagai pertusis, batuk kokol ialah jangkitan saluran pernafasan yang mudah berjangkit dan boleh membawa maut, terutama kepada bayi.

Menurut data terkini Australia daripada Papan Pemantauan Penyakit Berjangkit Kebangsaan, terdapat 25,954 kes batuk kokol yang disahkan di seluruh negara pada 2024.

Ini adalah jumlah tertinggi sejak 2011, dengan 38,748 kes.

Spurrier berkata jumlah kes terus meningkat setiap minggu dan menggesa semua penduduk di selatan Australia mendapatkan vaksin batuk kokol terkini.

“Pada masa ini, sangat penting bagi mereka yang sedang hamil, yang menanti kelahiran bayi untuk memastikan mereka telah menerima vaksin batuk kokol,” katanya kepada pemberita.

Vaksin batuk kokol diberikan secara percuma kepada semua wanita hamil dan kanak-kanak berusia dua bulan, empat bulan, enam bulan serta empat tahun, serta kanak-kanak yang berusia 12-13 tahun di bawah Program Imunisasi Kebangsaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan