Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penghulu Langut Dampa dan Kaunselor Dennis Mong. Foto TVS

Pembangunan menyeluruh kerajaan jadikan Sarawak wilayah maju

KAPIT, 10 Sept: Pembangunan menyeluruh di Sarawak mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memastikan tiada lokaliti diabaikan dalam usaha menjadikan Sarawak sebagai wilayah maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Tidak hanya berfokus kepada kawasan bandar, tetapi kerajaan memberi perhatian utama kepada luar bandar yang masih memerlukan sentuhan pembangunan.

Memahami aspirasi kerajaan menjana pendapatan menerusi ekonomi baharu, aspek infra rakyat juga perlu diambil kira.

Di Bahagian Kapit, perpindahan pusat pentadbiran baharu Indonesia di Nusantara, bakal memberi kesan positif kepada landskap ekonomi pembangunan di sempadan Sarawak.

Bagi Penghulu Langut Dampa, apa yang menjadi perhatian, adalah soal keselamatan dan potensi ekonomi penduduk tempatan.

Menurutnya, perpindahan itu secara tidak langsung akan mewujudkan peluang ekonomi namun pada masa sama, aspek keselamatan sempadan perlu ditingkatkan.

“Kami di ulu sekarang ada empangan, di Baleh, Murum, dekat sana apa yang penting sekarang jaga keselamatan rakyat, mungkin boleh tambah penempatan anggota keselamatan, kerana Ibu Kota Nusantara (IKN) sudah dibangunkan, cuma kita tidak tahu apa-apa berlaku kelak,” katanya.

Walaupun tiada sebarang kejadian atau kes jenayah berlaku setakat ini, namun ia tidak harus dipandang ringan sebaliknya memulakan langkah pencegahan seawal mungkin.

Antara lain, pembinaan jalan raya yang ternyata akan membuka peluang ekonomi kepada komuniti setempat.

Secara tidak langsung generasi baharu penghuni rumah panjang khususnya akan kekal berbakti di tempat sendiri.

“Ekonomi rakyat yang paling penting, kalau tidak ada itu (jalan raya), tidak ada ekonomilah, atas sebab itu rumah panjang tidak ada orang kerana anak-anak berhijrah ke bandar, Semenanjung Malaysia untuk mencari kerja, berbanding tinggal di kawasan sendiri,” katanya.

Dalam menyemarakkan semangat Segulai Sejalai, Kaunselor Dennis Mong, berharap agar pembangunan yang dibawa dan perancangan masa depan itu dapat disegerakan dalam memastikan pembangunan yang seimbang.

“Kita harap kemudahan jalan akan dipercepatkan perlaksanaannya, sekarang ini jalan jiwa murni dari Belaga ke Nanga Merit dalam proses pembinaan, kita harap apabila jalan itu ada (siap) kita dapat menggunakan jalan raya dari Belaga ke Kapit,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan