Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Mazlina Shafi'i bercakap dalam sidang media sempena Anugerah Kecemerlangan Industri Premier Sarawak (PSIEA) 2025. Foto, TVS.

MPC sasar penyertaan 50 peserta rebut anugerah PSIEA 2025

KUCHING, 10 Sept: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Sarawak mensasarkan penyertaan 50 syarikat untuk merebut Anugerah Kecemerlangan Industri Premier Sarawak (PSIEA) 2025.

Pengarah MPC Sarawak, Dr Mazlina Shafi’i berkata pihaknya juga mengharapkan penyertaan lebih banyak syarikat besar tahun ini sebagai tanda sokongan kepada program itu.

Jelas beliau penyertaan syarikat gergasi pada anugerah berkenaan juga diyakini dapat meningkatkan lagi standard kecemerlangan dalam kalangan organisasi di Sarawak.

“Sebelum ini kebanyakan peserta yang menyertai PSIEA merupakan syarikat bersaiz kecil dan sederhana namun tahun ini, kita juga galakan penyertaan syarikat multinasional (MNC),”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis anugerah berkenaan di sini hari ini.

Berkenaan kriteria penilaian PSIEA, Mazlina memaklumkan penilaian Malaysia Business Excellence Framework (MBEF) yang berteraskan tujuh kriteria akan digunakan.

Kesemua tujuh kreteria tersebut katanya bagi melihat pencapaian atau prestasi organisasi meningkatkan keberkesanan syarikat secara menyeluruh.

“Kita melihat segi kepimpinan, pelan informasi dan bagaimana mereka berurusan dengan pelanggan, tenaga kerja di organisasi masing-masing, proses yang sedia ada serta hasilnya.

“Hasil inilah yang seterusnya kita pantau di mana setiap syarikat mempunyai amalannya tersendiri,” katanya.

Pemenang akan berpeluang mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan pada Anugerah Kebangsaan Kecemerlangan Industri (AKI).

Sejak penganjuran PSIEA, sebanyak 94 organisasi pelbagi saiz melibatkan sektor pembuatan dan perkhidmatan telah menyertainya dengan anggaran nilai penciptaan sebanyak RM188 juta.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan