Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rosey Yunus membacakan teks ucapan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Makan Malam Gala Sarawak Women of Tomorrow di Kuching, malam tadi.

Memperkasa wanita, melahirkan pemimpin lebih yakin

ByAsmah Adenan

KUCHING, 10 Sept: Kerajaan Sarawak komited mewujudkan persekitaran untuk wanita berkembang terutama dalam kepimpinan di setiap lapisan masyarakat.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, wanita di wilayah ini diberi peluang untuk memimpin dan kemampuan mereka amat menggalakkan.

“Pemimpin wanita bukan sahaja mampu mengharungi cabaran tetapi mempunyai kedudukan unik melibatkan perspektif dan penyelesaian baharu yang akan membentuk masa depan lebih inklusif, mampan serta sejahtera.

“Mereka (wanita) adalah pemimpin masa depan Sarawak,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Rosey Yunus pada Majlis Makan Malam Gala Sarawak Women of Tomorrow (SWOT) di sini, malam tadi.

Abang Johari menjelaskan, SWOT Bootcamp merupakan contoh terbaik untuk memperkasa wanita supaya lebih yakin untuk memimpin.

Sehubungan itu, beliau menggesa peserta program bootcamp tersebut menerapkan ilmu atau panduan yang diperoleh untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian, bersama komuniti dan keluarga.

“Kepimpinan tidak terhad di tempat kerja kerana ia melibatkan usaha memberi kesan positif kepada setiap aspek kehidupan,” ujarnya.

Sementara itu, SWOT Bootcamp yang berlangsung dari 7 September mendedahkan peserta dengan pelbagai perkara termasuk kepimpinan, keusahawan, teknologi, etika dan tadbir urus.

Turut hadir, Pengerusi Sarawak Media Group (SMG) Dato Norhyati Ismail, Pengerusi WLS Datuk Dr Hafsah Hashim dan Timbalan Pengerusi II WLF Datuk Zunaidah Idris. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan