Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Letupan dan kebakaran kilang Press Metal Berhad di kawasan Perindustrian Park Samalaju, Bintulu, malam tadi, berpunca daripada kebocoran pot yang digunakan untuk memasak alumina untuk peleburan aluminium. Foto IPD Bintulu

Letupan dan kebakaran kilang Press Metal berpunca daripada kebocoran pot

BINTULU, 10 Sept: Letupan dan kebakaran kilang Press Metal Berhad di kawasan Perindustrian Park Samalaju di sini, malam tadi, berpunca daripada kebocoran pot yang digunakan untuk memasak alumina untuk  peleburan aluminium.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kes itu jam 11.55 malam.

“Pihak polis mendapat maklumat terdapat letupan kuat dan kepulan asap ke udara tempat kejadian lebih kurang tiga kilometer daripada Balai Polis Samalaju.

“Pihak bomba telah bergegas ke lokasi selepas mendapat panggilan kecemasan daripada orang awam yang melihat kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebuah kilang di Samalaju terbakar akibat kebocoran semasa proses peleburan aluminium

Katanya, kebakaran berjaya dikawal 40 minit kemudian tanpa sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa yang berlaku.

“Kekuatan agensi yang terlibat dalam kejadian ini melibatkan lapan anggota polis, 19 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dan empat anggota BBP Samalaju,” ujarnya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dan tidak menyebarkan sebarang berita tidak benar yang boleh mengganggu ketenteraman awam.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan