Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Petra Jaya memadamkan kebakaran kereta yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Matang-Batu Kawa, Kuching, awal pagi ini. Foto JBPM

Lelaki maut, kereta terbakar dalam kemalangan

KUCHING, 10 Sept: Seorang lelaki maut dalam kemalangan kendiri di Jalan Matang-Batu Kawa di sini, awal pagi ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata mangsa dikeluarkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta telah terbakar sepenuhnya akibat kemalangan kendiri.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, panggilan kecemasan diterima pada 2.31 pagi dan sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba Petra Jaya serta sebuah jentera digerakkan ke lokasi.

“Pasukan bomba melakukan pemadaman dan berjaya dikawal sepenuhnya pukul 3.20 pagi,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan