Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri industri kreatif dan seni persembahan Datuk Snowdan Lawan bersama kru filem “Love Crush” ketika sidang media bagi penggambaran utama filem indie pertama di Kuching, "Love Crush", yang diadakan di Waterfront Hotel Kuching hari ini. Foto TVS

Kerajaan negeri sokong, sedia infrastruktur filem promosikan Sarawak

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

KUCHING, 10 Sept: Usaha pengiat industri seni kreatif mempromosikan Sarawak menerusi filem disokong Kerajaan Sarawak, kata Timbalan Menteri Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan.

“Kerajaan Sarawak akan menyokong perkembangan industri hiburan dengan menyediakan platform dan infrastruktur yang diperlukan, “ katanya pada sidang media penggambaran utama filem indie pertama di Kuching, “Love Crush”, di Waterfront Hotel Kuching di sini, hari ini.

Snowdan menyifatkan kegiatan produksi luar mengadakan pembikinan filem di wilayah ini sekali gus mengasah kualiti pelakon dan kru tempatan.

“Berpusat di Bau dan Kuching, ini merupakan pencapaian penting yang menunjukkan potensi untuk melibatkan rakyat Sarawak dalam industri ini. Inisiatif ini benar-benar mempamerkan Sarawak kepada dunia luar,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Snowdan berharap agar industri kreatif di sini akan menyumbang secara langsung kepada sektor pelancongan di Sarawak.

Selain itu, beliau menyarankan agar pengiat industri di negara ini terutamanya di Sarawak untuk memohon dan memanfaatkan Dana Mudahcara Industri Kreatif bagi perkembangan hasil karya mereka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan