Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bola sepak Indonesia seri menentang Australia malam tadi. Foto PSSI.

Indonesia ikat Australia 0-0 Kelayakan Piala Dunia Zon Asia

JAKARTA, 10 Sept: Indonesia berkongsi mata dengan Australia selepas mencatatkan keputusan seri 0-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia di Stadium Gelora Bung Karno hari ini.

Di hadapan 78,000 penyokong tuan rumah, pasukan Garuda dilihat lebih banyak mempamerkan corak permainan bertahan.

Australia bersedia sambutan hangat bertemu Indonesia kelayakan Piala Dunia

Penjaga gawang Indonesia, Maarten Paes dianggap wira pasukan pada malam ini apabila mempamerkan aksi cemerlang menyelamatkan deretan percubaan Australia yang diketuai Harry Souttar.

Skuad Shin Tae Yong yang mengintai peluang untuk menang ke atas Australia di kandang sendiri dilihat berada dalam situasi terdesak sepanjang 96 minit perlawanan termasuk masa tambahan.

Sementara itu, Socceroos kendalian Graham Arnold juga masih gagal mencatatkan kemenangan dalam kempen ini selepas dikejutkan oleh Bahrain 0-1 di laman sendiri minggu lalu.

Indonesia kini kekal di tangga keempat kumpulan C dan akan berdepan dengan Bahrain pada 10 Oktober nanti manakala Australia juga kekal di tempat kelima dan akan berdepan dengan Jepun pada 15 Oktoober. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan