Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Delegasi Kementerian Pengangkutan Sarawak diketuai Dato Sri Lim Kim Shin hadir mesyuarat dengan pengurusan tertinggi CRRC di Yibin, China hari ini. Foto, Kementerian Pengangkutan Sarawak.

Dua unit pertama ART hidrogen ‘golden train’ Sarawak dihantar hujung tahun ini

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 10 Sept: Dua unit pertama kenderaan sistem Aliran Transit Automasi (ART) berkuasa hidrogen dikenali ‘golden train’ untuk Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) akan dihantar hujung tahun ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, prapentauliahan dan pemeriksaan fizikal unit itu telah selesai dilaksanakan di fasiliti pembuatan di Yibin, China.

Kata beliau, pencapaian ini penting untuk projek KUTS dan Kerajaan Sarawak setakat ini berpuas hati terhadap kemajuan projek tersebut.

“Daripada 38 unit keseluruhan kenderaan ART hidrogen yang akan tiba secara berperingkat di Kuching mulai tahun ini, lima unit akan dihantar dalam keadaan siap sepenuhnya manakala selebihnya akan tiba secara separuh siap dalam beberapa tahun akan datang.

“Dengan setiap pencapaian projek KUTS, Sarawak menerima lebih banyak perhatian berbanding sebelum ini.

“Projek ART Sarawak (juga) telah menarik perhatian bukan sahaja dari beberapa negeri lain di Malaysia, tetapi juga negara jiran selepas kita berjaya mempamerkan kenderaan ART hidrogen semasa latihan bukti konsep tahun lalu dan ujian kejuruteraan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media selepas hadir mesyuarat dengan pengurusan tertinggi syarikat CRRC sempena majlis prapentauliahan di fasiliti pembuatan CRRC di Yibin, Sichuan, China hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil dan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Datu Wong Hee Sieng dan ahli jawatankuasa tetap Kerajaan Perbandaran Yibin, Tao Xuezhou.

Sementara itu Kim Shin berkata, beliau percaya seluruh dunia sedang memberi perhatian kepada apa yang dilakukan Sarawak dalam mentransformasikan sistem pengangkutan awamnya terutama peralihan kepada menggunakan tenaga bersih iaitu hidrogen hijau untuk projek berkenaan.

“Kenderaan ART baharu itu antara lain mampu mendaki cerun sehingga 10 peratus dan boleh digunakan dalam pelbagai persekitaran jalan raya, dengan kelajuan maksimum sehingga 80km/j,” katanya.

Tambah beliau, kenderaan hidrogen ART kini menggunakan reka bentuk yang lebih ringan yang mengurangkan berat sebanyak 2.5 tan sekali gus menjadikannya lebih cekap tenaga selain menawarkan kawasan khusus untuk bagasi, kerusi roda dan basikal boleh lipat. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan