Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kolam Renang Awam Miri. Foto TVS

Bumbung Kolam Renang Awam Miri siap Januari 2025

MIRI, 10 Sept: Kerja menaik taraf bagi pemasangan bumbung di Kolam Renang Awam Miri dijangka siap Januari 2025.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew memberi jaminan projek berkenaan akan siap mengikut jadual yang ditetapkan.

“Saya berjanji kepada penduduk Miri bahawa saya akan sentiasa memantau projek ini. Ini sangat penting. Jadi kita harap cuaca akan baik untuk beberapa bulan akan datang supaya tidak ada sebarang kelewatan.

“Jika tiada kelewatan, maka kita sedang melihat pada Januari 2025 untuk pemasangan bumbung disiapkan. Itu satu projek,” katanya semasa melawat tapak Kolam Renang Awam Miri pada Selasa.

Menurutnya, ketika ini kerja pemasangan fabrikasi pada bumbung berkenaan giat dilaksanakan sejurus bahan tersebut tiba pada Jumaat lalu.

Bagi projek seterusnya iaitu menaik taraf sistem pam air, Sebastian memaklumkan kepada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) bagi mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan agar Kerajaan Sarawak menguruskan projek tersebut.

Menurutnya pembangunan projek terbabit melibatkan peruntukan yang disumbangkan oleh kerajaan negeri dan persekutuan masing-masing berjumlah RM500,000 .

Sebastian mendedahkan dokumen tender disediakan Bahagian Kejuruteraan Majlis Bandaraya Miri (MBM) kini sedang menunggu kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan sebelum meneruskan kerja.

Sebastian menyasarkan supaya projek pembaikan dan naik taraf Kolam Renang Awam Miri akan siap sepenuhnya pada suku kedua 2025. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan