Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat dari Business Event Sarawak, diketuai Pengerusinya, Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Openg di Astana Negeri hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

BESarawak giat teroka peluang bangunkan modal insan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 10 Sept: Business Events Sarawak (BESarawak) giat meneroka peluang memantapkan pembangunan modal insan di wilayah ini seiring dengan pembangunan semasa.

Pengerusi BESarawak, Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Openg berkata perkara berkenaan telah disampaikan pihaknya kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar semasa mengadakan kunjungan hormat di Astana Negeri Sarawak hari ini.

“Sarawak cukup bertuah kerana mempunyai kestabilan politik yang kukuh dan dengan platform itu, banyak perkara yang boleh kita laksanakan.

“BESarawak berperanan mengumpul sumber-sumber yang ada dari segi modal insan dan idea, justeru dengan sokongan dan panduan daripada individu seperti Tun Wan Junaidi, kita seharusnya bergerak ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat berkenaan.

Selain itu Abang Abdul Karim turut menyentuh mengenai peranan penting pengamal media terhadap aspek pembangunan.

Justeru beliau menyeru para pengamal media untuk menjalankan tanggungjawab mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan