Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Australia merancang untuk melarang kanak-kanak daripada menggunakan platform media sosial dengan had umur minimum. Foto hiasan Envato

Australia bakal gubal had umur minimum terhadap pengguna media sosial

SYDNEY, 10 Sept: Australia merancang untuk melarang kanak-kanak daripada menggunakan platform media sosial dengan had umur minimum 16 tahun, kata Perdana Menteri Anthony Albanese yang berikrar akan menjauhkan kanak-kanak daripada peranti.

Undang-undang persekutuan negara itu untuk menjauhkan kanak-kanak daripada media sosial akan diperkenalkan tahun ini, katanya, sambil menyifatkan impak platform-platform itu terhadap golongan muda sebagai ‘musibah’.

Umur minimum untuk kanak-kanak log masuk ke platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok belum diputuskan tetapi dijangka antara 14 dan 16 tahun, kata Albanese.

Percubaan pengesahan umur akan dijalankan dalam beberapa bulan akan datang sebelum undang-undang diperkenalkan menjelang akhir tahun ini, tambah beliau.

“Saya mahu melihat kanak-kanak jauh daripada peranti mereka dan keluar bermain di padang, kolam renang dan gelanggang tenis,” kata Albanese.

“Kami mahu mereka mempunyai pengalaman sebenar dengan orang sebenar kerana kami tahu media sosial itu menyebabkan kemudaratan sosial,” katanya kepada penyiar nasional ABC.

Dalam satu siri wawancara media mengenai rancangan itu, Albanese berkata keutamaannya sendiri adalah untuk sekatan media sosial pada kanak-kanak di bawah 16 tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan