Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet Para Sarawak yang memenangi pingat pada Para SUKMA 2024 akan menerima insentif daripada Kerajaan Sarawak.

Atlet Sarawak raih emas Para SUKMA 2024 bakal terima insentif RM15,000

ByVanessa Anak Enjop

KUCHING, 10 Sept: Atlet Para Sarawak yang memenangi pingat pada Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 akan menerima insentif daripada Kerajaan Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak berkata Dato Sri Fatimah Abdullah berkata pemenang pingat emas akan menerima habuan RM15,000, pingat perak (RM5,000) dan pingat gangsa (RM3,000).

Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada jawatankuasa Para SUKMA diketuai Dato Sri Fatimah Abdullah di Astana Negeri Sarawak, Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

“Seperti yang diumumkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini, atlet yang berjaya meraih pingat emas akan menerima insentif bernilai RM15,000, selain insentif untuk pemenang pingat perak dan gangsa. Ini juga terpakai kepada atlet Para SUKMA 2024 kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa kunjungan hormat jawatankuasa Para SUKMA kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isterinya, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Kunjungan hormat itu adalah untuk menjemput Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Para SUKMA 2024 pada 22 September di Stadium Tertutup Kuching.

“Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk memberi maklumat tentang temasya Para SUKMA dari segi acara sukannya, dari segi bilangan atletnya dan dari segi persiapan-persiapan yang kita telah lakukan,” katanya.

Para SUKMA 2024 bakal menyaksikan penyertaan 15 kontinjen dengan 2,225 peserta yang akan bertanding dalam 328 acara melibatkan 10 sukan Para. Semua acara akan diadakan di Kuching.

Kontinjen Sarawak menyasarkan 83 pingat emas dalam usaha untuk merampas kembali gelaran juara keseluruhan Para SUKMA. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan