Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap di Persidangan Petroleum Asia Pasifik (APPEC) 2024. Foto Zen Hashim (TVS)

Tumpu pembangunan infrastruktur pelabuhan demi masa depan mampan

ByIqbal Asraff Mohamad Yusuf

SINGAPURA, 9 Sept: Sarawak melipatgandakan usaha ke arah pembangunan infrastruktur mampan, dengan memberi tumpuan kepada pelabuhan hijau.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia termasuk memperluaskan peranan sebagai hab pembekalan bahan api hijau, serta mewujudkan Koridor Utiliti Bersama bagi meningkatkan kemudahan pelabuhan.

Tambahnya, bagi menyokong usaha ke arah tenaga bersih, kerajaan kini sedang membina kemudahan Terminal Gas dan merancang pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang baharu bagi memenuhi keperluan pengangkutan moden serta keperluan mampan, dengan memberi keutamaan kepada infrastruktur lestari.

“Selaras dengan ekonomi yang didorong oleh inovasi, Sarawak kini melabur dalam sektor termaju seperti avionik, komponen pesawat, dan kursus aeroangkasa berteknologi tinggi.

“Inisiatif ini seiring dengan matlamat kami yang lebih luas untuk mewujudkan ekonomi yang mampan dan didorong oleh inovasi, dengan melengkapkan golongan muda kita dengan kemahiran untuk berjaya dalam industri rantaian nilai teknologi tinggi serta menyokong transformasi ekonomi,” katanya ketika berucap di Persidangan Petroleum Asia Pasifik (APPEC) 2024 di sini.

Selain itu, Abang Johari turut menyatakan bahawa pembinaan jalan di atas tanah gambut di Sarawak berdepan isu mendapan serta risiko pelepasan gas rumah hijau.

Untuk mengatasi perkara ini, beliau berkata, kerajaan merancang untuk membina jalan raya bertingkat di atas struktur tanah gambut.

“Kaedah ini memelihara keupayaan tanah gambut untuk menyerap karbon, menyokong usaha penangkapan karbon, serta meningkatkan kecekapan pengangkutan,” jelasnya.

Inisiatif-inisiatif ini, katanya, mencerminkan komitmen Sarawak untuk mengimbangi pembangunan dengan pemuliharaan alam sekitar, memastikannya menjadi peneraju dalam pertumbuhan mampan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan