Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai berjalan di pantai Bai Chay selepas Taufan Yagi melanda Ha Long, di wilayah Quang Ninh, Vietnam pada 8 September 2024. Foto, AFP.

Taufan Yagi semakin lemah selepas menyebabkan puluhan maut di Vietnam, China dan Filipina

HA LONG, (VIETNAM), 9 Sept: Taufan Yagi dikesan semakin melemah dan diturunkan kepada tahap ribut tropika pada Ahad selepas membunuh puluhan mangsa, menerbangkan bumbung bangunan, menggelamkan bot serta mencetuskan kejadian tanah runtuh di Vietnam.

Yagi telah meninggalkan kemusnahan apabila menyebabkan puluhan maut di selatan China dan Filipina sebelum melanda Vietnam.

Di Vietnam, 21 orang terkorban serta 229 cedera, lapor media kerajaan pada lewat Ahad.

Antara yang terbunuh termasuklah empat sekeluarga selepas hujan lebat menyebabkan runtuhan lereng bukit yang menimpa rumah mereka di kawasan pergunungan Hoa Binh di utara Vietnam.

Pada petang Ahad, enam orang termasuk seorang bayi dan seorang kanak – kanak lelaki berusia setahun terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di pergunungan Hoang Lien Son, barat laut Vietnam.

Selatan China siap sedia hadapi taufan Yagi

Ketika agensi cuaca Vietnam menurunkan amaran taufan kepada ribut pada Ahad, beberapa kawasan di bandar pelabuhan Hai Phong ditenggelami air lebih setengah meter manakala bekalan elektrik terputus selain kerosakan tiang elektrik.

Di Teluk Ha Long yang merupakan kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO, dilaporkan 30 kapal karam di pantai di wilayah Quang Ninh selepas dipukul angin kencang dan ombak.

Taufan Yagi: Angka kematian di Vietnam meningkat kepada 9 orang

Taufan itu turut merosakkan hampir 3,300 rumah dan lebih 120,000 hektar tanaman di utara negara itu, kata pihak berkuasa.

Taufan di rantau ini kini terbentuk di kawasan lebih dekat dengan pantai selain dikesan semakin kuat dan melanda kawasan darat lebih lama akibat perubahan iklim, menurut satu kajian yang diterbitkan pada  Julai. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan