Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah pesawat milik syarikat Trigana Air terbabas di hujung landasan Lapangan Terbang Stevanus Rumbewas, Kepulauan Yapen, Papua hari ini. Foto,Pejabat SAR Biak. 

Pesawat penumbas terbabas ketika hendak berlepas di Papua

JAKARTA, 9 Sept: Beberapa penumpang dilaporkan cedera selepas sebuah pesawat penumpang terbabas ketika hendak berlepas dari landasan Lapangan Terbang Stevanus Rumbewas, Kepulauan Yapen, Papua hari ini.

Difahamkan, pesawat milik Trigana Air bernombor pendaftaran PK-YSP jenis ATR 42-500 itu terbabas di hujung landasan.

Ketua Pejabat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Biak Kundori berkata, pasukan berjaya memindahkan kesemua 41 penumpang dewasa, seorang bayi dan enam anak kapal manakala beberapa orang cedera.

“Pesawat dijadual terbang ke Jayapura namun gagal berlepas dan mengalami kemalangan, tiada mangsa terkorban akibat kejadian itu.

“Beberapa mangsa dikejarkan ke hospital tempatan,” katanya.

Sehingga kini punca kejadian tidak diketahui manakala pasukan daripada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT) telah dikerahkan untuk melakukan siasatan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan