Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hampir 80,000 penyokong Indonesia dijangka memerahkan Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta malam esok. Foto, AFP.

Australia bersedia sambutan hangat bertemu Indonesia kelayakan Piala Dunia

JAKARTA, 9 Sept: Pemain pertahanan Australia, Alessandro Circati berkata dia berasa ‘gembira’ untuk mengecewakan 78,000 penyokong tuan rumah apabila pasukannya menentang Indonesia pada kelayakan Piala Dunia Zon Asia di sini esok.

Pasukan bimbingan Graham Arnold itu membuat permulaan buruk apabila mereka dikejutkan 0-1 di laman sendiri oleh Bahrain minggu lalu.

Socceroos perlu mengembalikan kempen mereka ke landasan yang betul namun bakal berdepan cabaran getir di Stadium Gelora Bung Karno yang boleh memuatkan 78,000 dengan tiket dilaporkan habis dijual.

Kelayakan Piala Dunia Zon Asia, Palestin ikat Korea, Jepun belasah China 7-0

Circati, 20, yang bermain untuk kelab Itali, Parma juga berkata dia ‘menantikan sambutan yang tidak menyenangkan’.

“Saya fikir ia sepatutnya menjadi tenaga untuk menyemarakkan semangat dan akan membantu anda meneruskannya,” kata Circati yang membuat penampilan sulung untuk Australia pada Oktober 2023 selain pernah menyerung jersi Azzurri pada peringkat umur bawah 20 tahun.

“Ia membuatkan saya mahu menang (ketika) berdepan penyokong yang bersorak menentang anda, hanya untuk membuktikan mereka salah dan untuk menunjukkan kepada mereka yang cara saya bermain tidak berbeza,” tambahnya.

Australia di bawah Arnold tidak mempamerkan gaya permainan menyerang tetapi Circati berkata pasukannya boleh menjadi lebih kreatif serta berani menyerang dan mengambil risiko. 

Indonesia memulakan fasa ketiga kelayakan dengan keputusan seri 1-1 menentang Arab Saudi di tempat lawan yang dipimpin Roberto Mancini. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan