Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, menghadiri Majlis Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi Edisi Bulan September di Dataran Ibu Pertiwi Petra Jaya Kuching. Foto TVS

Tingkat promosi upacara naikkan bendera Ibu Pertiwi untuk tarik pelancong luar

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 8 Sept: Upacara menaikkan bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi akan dipromosikan secara lebih giat bagi menarik kehadiran pengunjung terutama pelancong luar.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengambil langkah awal dengan melakukan promosi pada Ahad pertama setiap bulan.

“Memang kita sudah lakukan promosi, mereka (DBKU) sudah lakukan sebulan yang lalu.

“Saya merasakan pelancong juga menyedari dan mengetahui mengenai upacara ini kerana mereka boleh lihat Kuching dari pelbagai sudut apabila datang ke sini,” katanya ketika ditemui selepas Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi Edisi Bulan September di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman.

Upacara tersebut yang dilangsungkan sejak Julai lepas diserikan dengan pelbagai acara menarik termasuk persembahan pancaragam.

DBKU sebelum ini menyatakan upacara tersebut diadakan bertujuan memastikan penukaran dan pengibaran bendera Ibu Pertiwi dijalankan dalam keadaan tertib dan dengan cara sopan.-TVS

Berita Berkaitan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan