Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tapak pelupusan sampah milik Trieneken di Kidurong di sini, terbakar hari ini, dengan keluasan kebakaran dianggarkan satu ekar. Foto JBPM

Tapak pelupusan sampah di Kidurong terbakar

BINTULU, 8 Sept: Tapak pelupusan sampah milik Trienekens di Kidurong terbakar hari ini dengan keluasan kebakaran dianggarkan satu ekar.

Komander Operasi Raziz Zulkipli berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut jam 1.31 tengah hari dengan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dibantu BBP Bintulu digerakkan ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan tapak pelupusan sampah milik Trienekens dengan anggaran luas terbakar satu ekar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemadaman awal dilakukan Trienekens dengan menggunakan satu unit pam angkut, dua aliran hos pemadaman di bahagian bawah dan satu unit tangki air menggunakan satu aliran hos untuk pemadaman bahagian atas.

“Pada sebelah petang, pasukan pemadaman menggunakan dua aliran 400 kaki sumber air dari tangki air bomba manakala BDA bersama-sama 11 orang dan satu unit tangki air membantu membuat kerja pemadaman,” ujarnya.

Beliau berkata, usaha mengawal kebakaran sedang giat dijalankan ketika ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan