Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Pengerusi II, Yayasan Kepimpinan Wanita (WLF), Datuk Zunaidah Idris ditemui TVS pada hari kedua penganjuran program Sarawak Women of Tomorrow (SWOT) 2024 di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching, hari ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

SWOT 2024 tampil kelainan berbanding tahun sebelumnya

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 8 Sept: Program Sarawak Women of Tomorrow (SWOT) 2024 menampilkan kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya apabila penganjurannya pada kali ini menyaksikan penyertaan lebih banyak syarikat kolaboratif dari dalam dan luar Sarawak.

Timbalan Pengerusi II, Yayasan Kepimpinan Wanita (WLF), Datuk Zunaidah Idris berkata, peningkatan jumlah peserta yang ketara pada program SWOT kali ini berbanding hanya 28 peserta pada kohort pertama membuktikan kejayaan pihaknya menerusi inisiatif memperkasa kepimpinan berkualiti dalam kalangan pemimpin wanita.

“Uniknya (tahun ini) kita bekerjasama dengan syarikat yang berlainan, antaranya Petroleum Sarawak Bhd (PETROS), Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS), Sarawak Energy Berhad (SEB), Sarawak Metro Sdn Bhd dan TVS sendiri, selain mereka yang turut menyertai program korporat dan usahawan ini.

“Kita ada menjemput dan memberi peluang kepada beberapa orang pelajar menjadi sukarelawan untuk program SWOT ini yang mana pada masa sama, kita memastikan mereka dapat menimba ilmu sewaktu program ini dijalankan,” katanya kepada TVS pada hari kedua penganjuran program SWOT 2024 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, kata Zunaidah, program SWOT tahun ini lebih dinamik dan menampilkan para speaker yang interaktif selain turut memberi pendedahan berlainan kepada peserta pada setiap masa.

“Keunikan (lain) pada tahun ini, peserta boleh memilih kelas yang mereka ingin sertai yang mana jika mereka mahu mengetahui mengenai pemasaran digital, kita ada kelas separuh hari. Jika mereka ingin tahu tentang penyimpanan ‘cloud’, mereka boleh hadir ke kelas yang lain.

“Kita juga ada kelas mengenai teknologi hidrogen hijau. Oleh itu, terdapat lima kelas yang diwujudkan pihak kami dan peserta boleh pilih sendiri. Itulah keunikannya pada kali ini di mana mereka bukan sekadar melawat, tetapi akhirnya mereka dapat belajar sesuatu,” jelasnya.

Selain itu, jelas Zunaidah, pihaknya juga terbuka untuk meluaskan program berkenaan di seluruh negara ini pada masa hadapan yang dilihat mampu meletakkan WLF di persada antarabangsa.

“Kita harap dengan program ini dapat diteruskan melalui kerjasama syarikat rakan kongsi dan mereka sentiasa percaya kepada program-program yang kita anjurkan.

“Insya-Allah, (diharap) pada masa hadapan, wanita akan berada di kedudukan yang tinggi untuk bekerjasama dengan kaum lelaki kerana saya percaya terhadap konsep keterangkuman,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan