Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Basikal dan motosikal berhias milk penduduk Kampung Senadin Jaya. Foto TVS

Semangat cintakan negara penduduk Kampung Senadin Jaya dipamerkan melalui kreativiti

MIRI, 8 Sept: Program Jiwa Komuniti Madani @ Merdeka memberi peluang kepada penduduk Kampung Senadin Jaya mempamerkan semangat cinta kepada negara melalui kreativiti mereka dalam Pertandingan Hiasan Berbasikal dan Bermotosikal paling kreatif.

TVS berkesempatan menemui beberapa peserta bagi mengetahui inspirasi di sebalik hiasan basikal dan motosikal yang telah dibawa oleh mereka dalam program ini.

Bagi salah seorang penduduk Kampung Senadin Jaya, Abang Narudin Mohd Shah, 56, penggunaan bahan seperti bahan terpakai tercetus dari inspirasi bagi mempamerkan semangat Jiwa Merdeka.

Penduduk Kampung Senadin Jaya, Abang Narudin Mohd Shah. Foto TVS

“Idea membuat motosikal berhias datang secara semula jadi. Idea itu datang semalam. Kita gunakan barang terpakai seperti kayu, buluh paip dan kita buat dalam masa 3 jam,” katanya.

Cikgu Tadika KEMAS Kampung Senadin, Siti Umrah Abdul Rahim, 37, menyatakan pihaknya mengambil masa 3 hari bersama para cikgu dan ibu bapa untuk menghasilkan kereta kebal kecil menggunakan bahan terbuang.

Cikgu Tadika KEMAS Kampung Senadin, Siti Umrah Abdul Rahim (tengah). Foto TVS

“Cetusan idea ini untuk menghargai erti kemerdekaan atas perjuangan parajurit dan pahlawan negara kita. Di sekolah boleh membimbing, menyemai cintakan negara dan sebagai lapisan untuk pahlawan dan parajurit negara kita. Kereta ini ambil masa dalam 3 hari atas usaha ibu bapa bersama menghasilkannya menggunakan bahan terbuang,” katanya.

Melihat penyertaan aktif penduduk kampung, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Senadin Jaya, Ra’amah Hamdani berkata, program sebegini dapat menerapkan semangat yang perlu ada dalam masyarakat untuk menyokong perpaduan negara.

Basikal dan motosikal berhias milk penduduk Kampung Senadin Jaya. Foto TVS

“Program ini juga untuk menerapkan semangat dan sikap yang perlu ada dalam setiap anggota masyarakat dalam konteks negara yang telah mencapai kemerdekaan selain melibatkan beberapa elemen penting yang menyokong perpaduan, kesejahteraan dan pembangunan negara,’ ujarnya. -TVS

Basikal dan motosikal berhias milk penduduk Kampung Senadin Jaya. Foto TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan