Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu mengesahkan kejadian beberapa orang telah ditembak di sepanjang lebuh raya di Kentucky AS dengan suspek sedang diburu. Foto,Pejabat Sherif Laurel County.

Polis sahkan kejadian tembakan di lebuh raya AS, suspek diburu

WASHINGTON, 8 Sept: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu mengesahkan kejadian beberapa orang telah ditembak di sepanjang lebuh raya di Kentucky dengan suspek sedang diburu.

Jurucakap Pejabat Sherif Laurel County, Trooper Scottie Pennington berkata, laluan Interstate 75 ditutup di kedua-dua arah berikutan ancaman ‘penembak aktif’ berhampiran lebuh raya.

“Suspek belum ditangkap buat masa ini dan kami menggesa orang ramai supaya jangan berada di kawasan terbuka,” katanya di Facebook.

Kawasan kejadian merupakan daerah luar bandar yang terletak kira-kira 145 kilometer di selatan bandar Lexington.

Keganasan senjata api merupakan perkara biasa di AS yang dikatakan mempunyai lebih banyak senjata api berbanding manusia.

Tinjauan pendapat menunjukkan rakyat AS mahukan sekatan senjata api dilaksanakan namun faktor pelobi yang kuat terhadap hak memiliki senjata api, perlindungan perlembagaan dan keinginan tinggi memiliki senjata api menyebabkan percubaan untuk mengekang hak senjata api sentiasa mendapat tentangan politik. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan