Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab ketika menghadiri Kejohanan Bola Sepak Belia sempena Pesta Pulau Bruit. Foto TVS

Pesta Pulau Bruit kembali 13 hingga 15 September ini

DARO, 8 Sept: Selepas kejayaan penganjuran tahun lalu, Pesta Pulau Bruit bakal kembali pada 13 hingga 15 September ini.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab berkata, acara itu bakal menampilkan keunikan tersendiri selain menyerlahkan potensi kawasan berkenaan sebagai pengeluar hasil pertanian.

Lebih istimewa katanya, pesta kali ini bakal berpusat di Pusat Pertumbuhan Desa (RGC) Kampung Semop.

“Walaupun dijadualkan pada 13 September, pesta ini sebenarnya bermula lebih awal sejak 1 September lalu melalui penglibatan Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK) di setiap kampung dan rumah panjang.

“Sejak awal bulan ini, kita mengadakan beberapa acara sukan seperti bola sepak, futsal, takraw bola jaring dan sebagainya. Ia dijadualkan berlangsung hingga 12 September nanti,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Gerak Kerja Kawasan Rukun Tetangga Jihad Sukan dan Perpaduan Daerah Sarikei di sini, hari ini.

Menurut Yusuf, selain sukan dan rekreasi, pesta itu juga akan diserikan dengan pelbagai acara hiburan termasuk persembahan pentas berbentuk kekeluargaan kepada pengunjung.

Malah katanya, orang ramai juga berpeluang menyaksikan pameran pembangunan anjuran pelbagai agensi kerajaan.

“Pesta kali ini dilihatkan sebagai platform penting untuk mempromosi sosial dan budaya masyarakat Pulau Bruit yang sinonim dengan perikanan dan pertanian,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan