Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni bercakap pada sidang media selepas Lawatan Pemantauan Aktiviti Pengumpulan Data Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2024: Pemakanan (NHMS 2024) di sini, hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Perangi penyakit tidak berjangkit melalui pemakanan

BySalasiah Safian

MIRI, 8 Sept: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan inisiatif untuk memerangi Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) melalui pemakanan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni, antara yang akan dilaksanakan adalah program War on Sugar dalam skala besar.

Menurutnya, ia bertujuan menggalakkan pengguna mengurangkan pengambilan gula dalam pemakanan.

“Bukanlah kita menghentikan pengambilan gula tetapi cuba untuk menggalakkan pengurangan pengambilan dalam pemakanan masyarakat. Salah satu inisiatif yang dijalankan adalah melalui soft policy dan hard policy.

“Melalui hard policy, kita akan memperkenalkan penggredan di dalam paket makanan terutama makanan yang mempunyai kandungan gula sangat tinggi.

“Sebagai contoh, kalau kita ambil minuman tin berperisan coklat, kita akan letakkan gred A, B dan C yang mempunyai kandungan peratusan gula. Gred ini mudah dilihat pengguna supaya mereka tahu inilah kadar kandungan gula,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Lawatan Pemantauan Aktiviti Data Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2024: Pemakanan (NHMS 2024) di sini, hari ini.

Lukanisman menjelaskan, selain program tersebut, KKM melaksanakan program seperti pengenaan cukai gula dalam produk makanan.

“Kesannnya mungkin tidak begitu ketara kepada masyarakat kerana ia lebih menjurus kepada industri dan kadar cukai tersebut akan disemak dari semasa ke semasa.

“Ia merupakan satu dasar yang sedang dilaksanakan di Malaysia pada ketika ini. Pelan strategik mengurangkan gula dalam kalangan rakyat Malaysia bermula dari 2o24 hingga 2030. Ini adalah pelan strategik yang kita kemukakan kepada jemaah menteri,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan