Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni

NHMS 2024 tentukan status pemakanan dan kesihatan rakyat – Lukanisman

BySalasiah Safian

MIRI, 8 Sept: Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2024 yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) bertujuan untuk menentukan status pemakanan dan kesihatan rakyat.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, tinjauan berkenaan melibatkan kira-kira 5,280 tempat kediaman yang dipilih secara rawak di seluruh negara dengan anggaran 8,000 responden.

Kata beliau, NHMS juga memfokuskan penduduk Malaysia berusia lima tahun keatas.

“Sejak bermulanya aktiviti pengumpulan data pada 16 Julai lalu, NHMS telah berjaya melawat hampir 4,061 tempat kediaman membabitkan 4,910 responden.

“Aktiviti pengumpulan data masih berbaki dua minggu sebelum berakhir pada hujung September 2024,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Jelas Lukanisman NHMS 2024 dilaksanakan oleh Institut Kesihatan Umum (IKU) dan KKM untuk mendapatkan data berkaitan kesihatan dan morbiditi penduduk.

Hasil dapatan kata beliau akan membekalkan KKM, kementerian serta agensi lain maklumat penting untuk mengkaji semula keutamaan dan inisiatif pemakanan negara.

“(Ini seterusnya akan) memacu kemajuan negara ke arah komitmen global dan matlamat nasional,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan