Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bintang Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar. Foto, Teo Chi Wei (TVS).

Menang besar di Denver: Jojo akui tentangan sengit Cruz namun tidak mengalah

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 8 Sept: Bintang Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar mengakui dia menerima tentangan sengit sebelum melakar kemenangan pada ONE Championship siri 168 di Denver, Colorado, Amerika Syarikat (AS) semalam.

Atlet berusia 17 tahun yang mesra disapa Jojo berkata lawannya, Josue Cruz dari Mexico berjaya melakukan ‘beberapa pukulan yang baik’ ke atasnya.

Tumbukan KO Jojo Ghazali tumbangkan Cruz

“(Akibatnya) hidung saya berdarah namun saya tetap teruskan dan tidak mengalah,” katanya menerusi wawancara yang disiarkan di Facebook ONE Championship selepas pertarungan.

Dalam aksi kategori fly weight di Ball Arena itu, Jojo turut tampil agresif ke atas lawannya yang berusia 28 tahun itu.

Atlet yang berpengkalan di Kuching, Sarawak itu berjaya menumpaskan lawannya dengan keputusan knockout (KO) pada pusingan pertama.

Pencapaian di kampung halamannya ibunya (Jennana Lynn Johnson) itu menyaksikan Jojo berjaya menebus kekecewaan apabila tewas kepada wakil Vietnam, Nguyen Tran Duy Trat pada saingan ONE Championship siri 167 pada Jun lepas.

Jojo membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak US$50,000 (kira – kira RM216,500).

Sebagai rekod, kemenangan KO terhadap Cruz merupakan yang kelima bagi Jojo dalam perlawanan ONE Championship.

Sementara itu Jojo mengakui kejayaan yang dicapai semalam tidak datang dengan mudah.

“Kalau kamu tanya saya empat, lima (atau) enam tahun lepas, sama ada saya akan berada di sini, saya akan kata ya.

“Saya bekerja keras, konsisten dan sudah tentu dengan peluh, tangisan dan darah menerusi kerja keras hari demi hari,” katanya yang turut merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokongnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan