Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jimmy, Depha, Gerald, Harold, Kent, Marcus, Will dan Valentine semasa menandatangani poster pelancaran lagu terbaharu Masterpiece berjudul 'Menyadi'. Foto TVS

Masterpiece rancang lebar sayap ke Indonesia

SIBU, 8 Sept: Band rock ikonik Dayak, Masterpiece berkemungkinan bekerjasama dengan band terkemuka Indonesia, Dadali dalam usaha melebakarkan sayap dalam industri muzik.

Pengurus Masterpiece, Gerald Ningkan berkata, ia masih dalam perancangan dan sekiranya berjalan lancar, band tersebut akan ke Jakarta untuk langkah seterusnya.

“Kita akan menjalainkan kerjasama dengan band dari Indonesia, Dadali sepeti mana gandingan bersama Estranged dahulu.

“Sekiranya berjalan lancar, kami akan terbang ke Jakarta untuk membuat single dan rakaman bersama Dadali,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran single terbaru Masterpiece bertajuk Menyadi di sini, malam semalam.

Sementara itu, Pengarah WaveMix Production, Jimmy Pelikat berkata, kerjasama tersebut dijangka bemula tahun depan dengan pihaknya akan melihat kesesuaian bahasa untuk tujuan tersebut.

“Kita akan melihat versi Indonesia dan Iban selain melihat dari segi penerimaan pendengar di Indonesia atau Malaysia.

“Kalau di Pontianak yang terletak di kepulauan Borneo, kebanyakan mereka faham bahasa Iban atau bahasa Bidayuh kerana tinggal serumpun.

“Kita ada menerima dua lagu daripada Dadali, satu daripadanya kita sudah dengar dan mungkin akan meminta Dadali mendengar lagu ciptaan Masterpiece,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap karya Masterpiece diterima Dadali supaya perancangan kerjasama menjadi kenyataan.

Tambahnya, karya Masterpiece sentiasa menyampaikan mesej positif kepada seluruh masyarakat tanpa mengira peringkat umur.

Single terbaru Masterpiece iaitu Menyadi yang ditaja Wavemix Production katanya boleh distrim di Youtube dan akan dimuat naik di platform media yang lain pada masa akan datang.

Sementara itu, gitaris utama Masterpiece, Willy Edwin berkata, lagi Menyadi menampilkan kelainan dari segi konsep kebiasaan Masterpiece.

“Keistimewaan lagi ini adalah ia agak ringan dan santai selain mempunyai mesej positif.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan