Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Marie bersama tetamu lain turut menyertai perarakan tanglung. Foto TVS

Limbang rekod kemasukan 1.4 juta pengunjung

LIMBANG, 8 Sept: Limbang terus menjadi destinasi tarik pengunjung luar apabila merekodkan kemasukan sejumlah 1.4 juta orang pengunjung terutama dari negara jiran Brunei Darussalam, selain Sabah dan Sarawak setakat Januari hingga Julai tahun ini.

Timbalan Residen Bahagian Limbang, Marie Cotilla Louise @ Rozita Kulai menjelaskan Limbang kekal menjadi tumpuan pengunjung luar dan Jawatankuasa Perayaan Utama Daerah Limbang giat melaksana program utama bertujuan menarik pelancong ke daerah itu.

“Setakat dari Januari hingga ke Julai tahun ini, jumlah pengunjung secara keseluruhannya berdasarkan data, masuk dan keluar pelawat dan pengunjung ke Limbang yang direkod Jabatan Imigresen adalah sebanyak 1.4 juta orang,” katanya ketika ditemui media pada Perasmian Fiesta Kebudayaan Tiong Hua Antarabangsa Limbang 2024 di Amphitheatre Tebingan Sungai Limbang malam tadi.

Marie berkata, antara program-program menarik yang dilaksanakan Jawatankuasa Perayaan Utama Daerah Limbang termasuk Makan Tahun Kedayan, Pesta Babulang dan Lumba Kerbau, Badudun dan Lumba Kerbau, Pesta Nuba Laya dan Fiesta Kebudayaan Tiong Hua Antarabangsa Limbang 2024.

Program-program utama ini katanya, bukan saja memfokuskan kepada kebudayaan etnik-etnik yang terdapat di daerah Limbang malah acara berteraskan kebudayaan dalam menarik kemasukan pengunjung ke daerah ini.

Beliau berkata, program ini satu cara untuk menarik kemasukan pelancong tempatan dan luar datang ke utara negeri ini sekali gus merangsang serta memacu ekonomi di daerah berkenaan.

Bagi Fiesta tersebut katanya, ia mampu menonjolkan kebudayaan masyarakat Tiong Hua untuk diketengahkan kepada penduduk setempat, di samping memperkasakan perpaduan yang telah lama sedia wujud. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan