Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandu terbabit kemalangan dengan pikap di Jalan Pan Borneo, Miri, petang semalam. Foto IPD Miri

Lelaki warga emas maut, kereta dipandu kemalangan dengan pikap

MIRI, 8 Sept: Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandu terbabit kemalangan dengan pikap di Jalan Pan Borneo di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa yang memandu kereta Perodua Viva berusia 68 tahun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Hasil siasatan polis mendapati kenderaan Perodua Viva yang di pandu dari arah Bekenu telah mengubah haluan ke sebelah kanan.

“Ini menyebab kenderaan Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun datang dari belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang kenderaan tersebut,” katanya dałam kenyataan hari ini.

Katanya, kesan kemalangan tersebut kenderaan Perodua Viva mengalami kerosakan teruk pada bahagian belakang manakala Toyota Hilux mengalami kerosakan pada bahagian hadapan.

“Pemandu kenderaan Perodua Viva telah disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital dan pemandu Toyota Hilux tidak mengalami kecederaan,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan