Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang kemalangan dengan lori sawit di Simpang Kaki Wong, Saratok, awal pagi tadi. Foto JBPM

Lelaki maut, motosikal ditunggang kemalangan dengan lori sawit di Saratok

SARATOK, 8 Sept: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang kemalangan dengan lori sawit di Simpang Kaki Wong di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi, PBK II KUP Bujang Julaihi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 3.59 pagi dengan menggerakkan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan lori sawit.

“Seorang mangsa, penunggang motosikal berada di belakang lori dalam keadaan tidak sedarkan diri, manakala pemandu lori sawit tiada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pihak polis memaklumkan tiada butiran pengenalan diri ditemui pada mangsa,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan