Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berkonsepkan mini agrofest, Pesta Pulau Bruit 2024 yang diadakan bermula 13 hingga 15 September mengutamakan penjualan produk tani dan hasil laut.

Lebih meriah! Pesta Pulau Bruit kini kembali

KUCHING, 8 Sept: Berkonsepkan mini agrofest, Pesta Pulau Bruit 2024 yang diadakan bermula 13 hingga 15 September mengutamakan penjualan produk tani dan hasil laut.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata sehubungan itu pesta ini menyediakan peluang kepada para usahawan desa dan peniaga untuk mempromosikan produk masing-masing.

“Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan pertanian dan perikanan diberi keutamaan sebagai pempamer dan sesi taklimat ringkas oleh agensi-agensi ini akan diadakan di pentas utama,” katanya kepada TVS, hari ini.

Pesta ini dijadual dirasmikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 14 September di Tapak RGS Semop, dekat Daro.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Semop berkata, kemeriahan pesta ini telah bermula sejak seminggu sebelum acara perasmian.

Kemeriahan ini diisi dengan pelbagai acara sukan dan kebudayaan di setiap 13 kampung di Pulau Bruit, antaranya pertandingan memasak, poco-poco, bermukun dan ratu cilik.

Semua pertandingan ini disertai oleh wakil setiap kampung terutama warga muda dan veteran.

Menerusi pesta ini, para pengunjung berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan 20 hadiah untuk dewasa dan 10 hadiah untuk yang berumur 13 hingga 28 tahun.

Antara hadiah cabutan bertuah yang menarik ialah motosikal, televisyen 65 inci, peti sejuk, perabot, komputer riba, telefon bimbit, tablet, basikal dan mesin basuh.

Selain itu, akan diadakan beberapa permainan ilmiah oleh beberapa agensi yang memberi hadiah kepada peserta bertuah.

Jelasnya lagi, antara acara kemuncak ialah persembahan pemenang pingat emas silat seni Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Para pengunjung juga akan disajikan dengan persembahan nyanyian oleh Bob Yusuf, Anding Indrawani, Sam Innuendo, Fyza Busman, Claudia Geres dan iR Radzi.

Sehubungan itu, Abdullah mengajak penduduk setempat dan yang tinggal berdekatan datang bagi memeriahkan Pesta Pulau Bruit 2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan