Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni

KKM siasat kes keracunan makanan di MRSM Taiping

BySalasiah Safian

MIRI, 8 Sept: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 11 Akta Pemakanan 1983 berhubung kes keracunan makanan di MRSM Taiping.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, input mengenai kes dan pelajar terkesan sudah disenaraikan.

“Kita dapati keadaan di MRSM Taiping tidak begitu baik dari sudut kebersihan dan tempat penyediaan makanan tersebut telah ditutup.

“Kita menggunakan Seksyen 11 Akta Pemakanan 1983 yang mana penilaian, siasatan rapi dan tindakan akan diambil terhadap pengusaha tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Lawatan Pemantauan Aktiviti Pengumpulan Data Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2024: Pemakanan (NHMS 2024) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Lukanisman menggesa semua pengusaha makanan terutama di sekolah atau hospital supaya mengutamakan kebersihan dan kesihatan.

“Masyarakat juga perlu tampil ke hadapan sekiranya mengetahui mengenai kes sedemikian,” ujarnya.

Sementara itu, KKM telah mengarahkan dewan selera di MRSM Taiping ditutup sehingga 20 September ini.

Sebelum ini dewan selera sama pernah diarah tutup oleh Pejabat Kesihatan Daerah Larut, Matang dan Selama (PKD LMS) pada 30 Ogos selepas 62 pelajar keracunan makanan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan