Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Francis Harden Hollis pada Sidang Kedua Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak 2024 di Kuching pada Ahad

Graduan teknikal catat kebolehpasaran tinggi

KUCHING, 8 Sept: Graduan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Sarawak kini berada di barisan hadapan dalam memenuhi keperluan tenaga kerja teknikal negara.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, sehingga penghujung tahun 2023, sebanyak 40 peratus tenaga kerja teknikal negara terdiri daripada graduan POLYCC.

Menurutnya, statistik tersebut turut menghapuskan stigma masyarakat tentang keupayaan graduan POLYCC terutama dalam pendidikan vokasional dan teknikal (TVET).

“Graduan POLYCC juga mencatatkan kadar kebolehpasaran melebih 90 peratus selama tiga tahun berturut-turut. Ini membuktikan graduan politeknik sentiasa menjadi pilihan dan memenuhi keperluan majikan.

“Tanggapan skeptikal terhadap graduan POLYCC kini perlahan-lahan terhakis, malah lebih ramai ibu bapa mengalakkan anak-anak mereka menceburi TVET sebagai pilihan lanjutan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Kedua Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak 2024 di Kuching pada Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri MEITD, Datuk Francis Harden Hollis.

Pada sidang kedua konvokesyen hari ini, seramai 422 graduan menerima diploma serta sijil dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional.

Hadir sama Pengarah Politeknik Kuching Sarawak, Samsudin Mohd Saleh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan