Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sukiman Aini ketika bercakap kepada pemberita selepas GPSS DGCC 1st Invitational Team Golf Championship 2024 hari ini. Foto TVS

GPSS satukan pemain golf Sarawak dan Semenanjung

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 8 Sept: Pertandingan Golf Persaudaraan Sarawak Semenanjung (GPSS) yang diadakan di Damai Golf Country Club menjadi platform penting menyatukan pemain golf dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Menurut Pengerusi Kejohanan GPSS Damai Golf Country Club (DGCC), Sukiman Aini, kejohanan ini berjaya menghimpunkan 22 pasukan terdiri daripada tiga pasukan dari Semenanjung Malaysia dan 19 pasukan dari Sarawak.

“Sebanyak 88 pemain mengambil bahagian dalam kejohanan selama dua hari ini,” katanya kepada pemberita selepas GPSS DGCC 1st Invitational Team Golf Championship 2024 hari ini.

Katanya, walaupun menghadapi pelbagai cabaran, kejohanan tetap diteruskan, termasuk penyertaan pasukan dari Semenanjung Malaysia yang perlu menanggung kos penginapan, pengangkutan, dan yuran kemasukan sebanyak RM2,500.

“Walaupun jumlah peserta terhad, pihak Damai hanya dapat menyediakan 25 flight, namun kami berjaya mengisi 22 flight. Kejohanan ini berjaya diselesaikan dengan baik dalam tempoh dua hari dan cuaca juga sangat baik,” ujarnya.

Beliau turut mengumumkan bahawa GPSS DGCC akan diadakan lagi pada tahun hadapan dengan nilai hadiah yang lebih lumayan, termasuk peningkatan hadiah wang tunai dan berharap kejohanan tahun depan akan menarik lebih banyak penyertaan.

Pada kejohanan kali ini, pasukan HH muncul sebagai juara dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, diikuti oleh Sarawak Tigers (RM6,000), Hard Rock (RM4,000), Santai Amoruto (RM3,000), dan TA4 Ion Tach (RM2,500). – TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found