Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis sedang menyiasat seorang wanita berusia lingkungan 20-an berkaitan penemuan bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan di sini hari ini. Foto hiasan Envato

Bayi lelaki baru lahir ditemukan di belakang rumah

ByBernama

MACHANG, 8 Sept: Polis sedang menyiasat seorang wanita berusia lingkungan 20-an berkaitan penemuan bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata Balai Polis Temangan menerima satu laporan daripada seorang pengadu berusia 68 tahun berkaitan penemuan bayi masih bertali pusat itu kira-kira 10.45 pagi tadi.

“Suspek disyaki merupakan anak angkat kepada pengadu dan didapati baring seharian di atas katil semalam dengan alasan darah haidnya keluar banyak serta dalam kesakitan.

“Suspek bagaimanapun telah mengaku kepada pengadu bahawa bayi itu adalah anak yang baru dilahirkannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Shafiki berkata bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan kes selesai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan