Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Upacara Memotong Pulut Kuning diiringi Abang Johari sebagai simbolik Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-17. Foto TVS

TYT, Premier Sarawak sempurnakan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Peringkat Sarawak

ByMuqri Aziz

KOTA SAMARAHAN, 7 Sept: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menyempurnakan Majlis Jamuan Teh sempena Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim Peringkat Sarawak 2024 di Dewan Tunku Abdul Rahman PUTRA (DeTAR PUTRA), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini hari ini.

Ketibaan Tun Dr Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah sekitar 10.30 pagi tadi dengan iringan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Hadir sama,  Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Pemangku Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Peringkat Sarawak merangkap Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi serta mantan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri George Chan Hong Nam.

Majlis menyaksikan Tun Dr Wan Junaidi serta isteri turut berkunjung di ‘Pameran Raja Kita’ yang memaparkan institusi Yang di-Pertuan Agong serta biografi Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofia dan kemudiannya menandatangani plak sebagai simbolik pameran berkenaan di ruang legar DeTAR PUTRA, UNIMAS.

Selain itu, majlis turut dihidangkan dengan  dua tayangan video khas ‘Tuanku Payung Mahkota’ disediakan Jabatan Penyiaran Sarawak (RTM Sarawak) yang memaparkan kisah era baharu Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan tayangan video khas ‘Pameran Raja Kita’ daripada TV Sarawak (TVS) serta dendangan tayang video lagu khas bertajuk ‘Simfoni Tuanku’ nukilan Unit Protokol, Istiadat dan Pengurusan Acara Sarawak (UPPAN).

Tun Dr Wan Junaidi turut menyempurnakan Upacara Memotong Pulut Kuning diiringi Abang Johari sebagai simbolik Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dan kemudiannya para hadirin dihiburkan dengan persembahan hiburan iaitu nyanyian dan tarian suku kaum etnik Sarawak daripada Majlis Seni Sarawak (MSS).

Penganjuran majlis ini bagi menzahirkan rasa kesyukuran dan penghargaan Sultan Ibrahim yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 20 Julai lalu.

Majlis Jamuan Teh berkenaan adalah pertama kali diadakan sejak Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lepas bagi menggantikan Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menamatkan pemerintahan pada 30 Januari selepas bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia selama lima tahun bermula 31 Januari 2019.

Bahagian Samarahan dipilih menjadi tuan rumah pada tahun ini yang diselitkan dengan beberapa program seperti ‘Pameran Raja Kita’ berbentuk digital 3D di Summer Mall yang dibuka sejak Khamis lalu hingga esok untuk orang ramai menyelami lebih mendalam tentang institusi Diraja.

Malam tadi, Wan Junaidi serta isteri berkenan menghadiri Majlis Kesyukuran Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17 Peringkat Sarawak 2024 di Masjid Al-Muttaqin, Kota Samarahan bersama kira-kira 700 jemaah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan