Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tentera Darat Malaysia (TDM) mematahkan aktiviti penyeludupan barang di Sektor Pos GABMA Tebedu. Foto ATM

Tentera patahkan aktiviti penyeludupan barangan runcit terkawal

TEBEDU, 7 Sept: Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui unit yang sedang melaksanakan operasi di bawah formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan barang di Sektor Pos GABMA Tebedu, Op Awas/Kering Parang di kawasan berdekatan laluan haram 100 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia semalam.

Menurut kenyataan Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen, pada jam 5 petang melalui maklumat daripada orang awam dan penduduk setempat melaporkan melihat dan mendapati terdapat aktiviti pemunggahan barang dalam bungkusan plastik hitam di kawasan laluan haram GABMA Tebedu.

“Bertindak atas laporan, anggota TDM dan TNI-AD terus melaksanakan rondaan di kawasan tersebut dan menjumpai beberapa bungkusan plastik berwarna hitam yang mengandungi barangan runcit terkawal berselerak di sepanjang laluan dan ditinggalkan di bawah pokok laluan lorong haram.

“Barang yang ditemui adalah 37 kotak daging jenama Allana, 72 paket gula jenama PRAI dan 10 kampit beras tempatan jenama Super White,” menurut kenyataan tersebut.

Jelas kenyataan tersebut, hasil pemeriksaan mendapati tiada barang terlarang dan berbahaya dijumpai di sekitar kawasan tersebut.

“Kesemua hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM 10,402.60. Laporan polis dibuat di Balai Polis Tebedu dan kesemua barangan rampasan diserahkan kepada Kastam Stesen Tebedu untuk tindakan selanjutnya,” ujar kenyataan itu.

Sehubungan itu, Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua anggota di bawah naungannya.

TDM akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia- Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan