Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus semasa sesi bergambar dengan peserta. Foto TVS

Selarikan ilmu al-Quran, STEM

MIRI, 7 Sept: Ilmu pengetahuan merupakan asas utama kepada kemajuan era globalisasi dan teknologi pesat berkembang ke arah Sarawak mencapai status negeri berpendapatan tinggi menjelang 20230.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus berkata, untuk mencapai matlamat tersebut, setiap individu terutama yang beragama Islam perlu mendalami ilmu al-Quran.

Menurutnya, ini kerana melalui al-Quran, individu mampu dibentuk dari segi rohani selain berilmu dalam bidang sains dan teknologi.

Tambahnya, al-Quran mampu menjadi panduan kepada generasi muda untuk meneroka bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matemarik (STEM) dalam pembelajaran.

“Untuk mencapai visi ini, kita memerlukan modal insan yang bukan sahaja cekap dalam bidang profesional tetapi berintegriti dan beretika tinggi. Al-Quran mengajar kita untuk berusaha bersungguh-sungguh, memperkayakan diri dengan ilmu dan memanfaatkan ilmu untuk kebaikan bersama.

“Generasi muda kita perlu didorong untuk meneroka STEM dengan menjadikan al-Quran sebagai asas dalam tingkah laku yang diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Miri di Masjid Darul Ehsan Piasau Jaya malam tadi.

Rosey menjelaskan, dengan menjadikan al-Quran sebagai panduan menguasai ilmu dan teknologi, masyarakat lebih maju serta berpendapatan tinggi mampu dilahirkan.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak mengamalkan nilai yang terkandung dalam al-Quran sebagai panduan menjalani kehidupan seharian bagi mencapai matlamat negeri dan ummah cemerlang.

Majlis yang berlangsung dua hari dari 5 hingga 6 September itu disertai 10 peserta melibatkan enam qari dan empat qariah.

Mohd Faizzil Affandi dari Daerah Subis muncul johan qariah dan johan qariah disandang Farra Liza Mohamad Musa dari Daerah Miri.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan