Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi mencari dan menyelamat(SAR) hari kedua seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas jatuh dari Jambatan Lanang di sini, semalam, masih gagal menemui mangsa. Foto JBPM

SAR hari kedua gagal temui pemuda dikhuatiri lemas

SIBU, 7 Sept: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas jatuh dari Jambatan Lanang di sini, semalam,  gagal menemui mangsa hari ini.

Komander Operasi, PKPgB Suna Kaha berkata, operasi pencarian itu dimulakan sejar awal pagi tadi.

“Pasukan SAR melakukan pencarian pada jarak tiga kilometer ke arah Jambatan Lanang, seterusnya pasukan SAR turut melakukan pencarian lima kilometer ke hilir Sungai Batang Rejang.

“Pada sebelah petang pasukan SAR meneruskan pencarian pada jarak 10 kilometer ke Sungai Batang Igan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi SAR hari kedua ditangguhkan pada jam 5 petang dan akan disambung semula pada keesokan hari.

Pihak bomba menerima laporan berhubung kes itu jam 1 tengah hari semalam, dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral ke lokasi kejadian.

“BBP Sibu Sentral menerima panggilan daripada Balai Polis Lanang melaporkan seorang lelaki dewasa berusia 23 tahun dikhuatiri hilang.

“Berdasarkan maklumat dari orang awam berkenaan dengan penemuan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR di atas Jambatan Lanang dipercayai milik mangsa,” katanya.

Katanya, bapa kepada mangsa telah membuat laporan polis menyatakan anaknya telah keluar rumah untuk memeriksa wang gajinya di dalam bank pada Khamis sekitar jam 8 malam. -TVS

Tags: lemas, SAR, sibu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan