Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran melibatkan sebuah rumah berkembar dua pintu satu tingkat jenis kekal yang terbakar 90 peratus. Foto JBPM

Rumah musnah terbakar, dua keluarga hilang tempat berteduh

ByAdlina Rahman

KUCHING, 7 Sept: Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka Jalan Sinsantu, Batu Kawa di sini musnah dalam kebakaran, hari ini.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran melibatkan mangsa terdiri lima lelaki dan perempuan dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang bayi perempuan.

Komander Operasi, PBK KUP Pero Guyuh berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dengan bantuan BBP Batu Lintang digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berkenaan insiden itu pada jam 8.57 pagi tadi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah berkembar dua pintu satu tingkat jenis kekal yang terbakar 90 peratus. Anggaran keluasan kebakaran 66 x 24 kaki persegi,” katanya mnerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Kata Pero setiba di lokasi kebakaran, anggota operasi bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos hantaran berukuran 400 kaki 2 nozel dari pam angkut dan sumber air terbuka daripada parit berdekatan.

“Setelah kebakaran dapat dikawal, kerja-kerja ‘overhaul’ dijalankan sehingga tiada lagi punca nyalaan di lokasi.

Setelah memastikan keadaan selamat, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertolak balik ke balai,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan