Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bantuan berupa kerusi dan meja kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Asajaya yang disalurkan Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang. Foto Pusat Khidmat Parlimen P197 Kota Samarahan

Rubiah salur bantuan kerusi dan meja kepada SMK Asajaya

ASAJAYA, 7 Sept: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang menyalurkan bantuan berupa kerusi dan meja kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Asajaya yang disalurkan melalui wakil Pusat Khidmat P197 Kota Samarahan semalam.

Rubiah berkata, bantuan itu diharap menjadi penyelesaian kepada masalah kekurangan kerusi dan meja yang dihadapi sekolah berkenaan.

“Ia sekali gus memberi keselesaan dan suasana kondusif untuk para pelajar dan guru menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

Guru dan pelajar amat bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan Datuk Rubiah yang sentiasa memberi perhatian dan sokongan penuh terhadap pendidikan dan kebajikan pelajar di kawasan itu.

Bantuan ini pastinya akan memberikan impak positif, menjadikan SMK Asajaya lebih berdaya saing dalam menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan