Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Singapura untuk menghadiri Persidangan Petroleum Asia Pasifik (APPEC) 2024. Foto Zen Hashim (TVS)

Premier hadiri Persidangan Petroleum Asia Pasifik (APPEC) 2024 di Singapura

ByIqbal Asraff Mohamad Yusuf

SINGAPURA, 7 Sept: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Singapura menghadiri Persidangan Petroleum Asia Pasifik (APPEC) 2024.

Abang Johari dijadual menyampaikan ucaptamanya bertajuk Advancing Climate Change Solutions In A Divergent World pada sesi pertama Persidangan Petroleum Asia Pasifik (APPEC) 2024 di Raffles City Convention Centre pada Isnin.

Abang Johari kemudiannya akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin industri global dalam beberapa kunjungan hormat dan mesyuarat strategik, termasuk pertemuan dengan Institut ISEAS-Yusof Ishak dan S&P Global.

Selain itu, beliau turut dijadual mengadakan lawatan ke Kampus Airbus Seletar, yang merupakan hab serantau bagi perniagaan pesawat komersial, pertahanan, angkasa lepas, dan helikopter.

Ia juga menempatkan Pusat Latihan Airbus Asia (AATC) serta kemudahan pengedaran alat ganti di Asia Pasifik, yang dikendalikan oleh anak syarikat Satair.

Premier Sarawak dijadual kembali ke Kuching pada 10 September. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan