Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Zunaidah Idris ketika ditemubual TVS selepas hari pertama program Sarawak Women of Tomorrow 2024 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini. Foto: TVS

Pastikan tiada wanita ketinggalan

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 7 Sept: Tiada wanita ketinggalan dalam pelbagai bidang antara tujuan penganjuran Sarawak Women of Tomorrow (SWOT), kata Timbalan Pengerusi II Yayasan Kepimpinan Wanita (WLF) Datuk Zunaidah Idris.

Beliau berkata, melihat semua wanita bergerak maju menjadi inspirasi kepada pihaknya untuk menganjurkan SWOT.

“Jika kita melihat visi SWOT, ia adalah untuk mengenal pasti, membangun, memupuk dan mengetengahkan potensi pemimpin wanita masa depan di Sarawak,” katanya kepada TVS selepas hari pertama program Sarawak Women of Tomorrow 2024 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Menurutnya, idea menganjurkan SWOT tercetus selepas WLF melihat ramai pemimpin wanita masa depan di Sarawak namun mereka tidak mempunyai peluang untuk mengetengahkan bakat.

Datuk Zunaidah,Pengerusi WLF Datuk Dr Hafsah Hashim, Penasihat Khas kepada Premier Sarawak Dato Sri Rohani Abdul Karim dan Pengerusi Sarawak Media Group, Dato Norhyati Ismail (dua dari kiri) antara tetamu kehormat bagi program Sarawak Women of Tomorrow 2024. Foto: TVS

“Dengan menyertai SWOT, wanita ini diberi peluang bukan sahaja mempelajari kemahiran baharu malah pembangunan bakat,” ujarnya.

Tambahnya, golongan tersebut diberi peluang membina jaringan dengan pemimpin bukan sahaja di Sarawak tetapi peringkat antarabangsa.

Beliau menjelaskan, pemimpin masa depan wanita juga mampu membuat keputusan inklusif.

“Wanita perlu ada dan diberi peluang. Ini membawa kepada kestabilan termasuk dalam aspek kewangan dan ekonomi,” jelasnya.

Sementara itu, SWOT merupakan program pemerkasaan wanita anjuran WLF sejak 2022.

SWOT pada tahun ini tampil dengan tema Empowerment for Sustainable Leadership: Navigating Tomorrow’s Challenge. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan